top of page
Search

Pahlawan Melanau : Sawing & Salakai

  • melanau
  • Mar 10, 2016
  • 2 min read

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Pada kali ini admin ingin berkongsikan sedikit info tentang dua orang pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai. Mungkin ada di antara kalian pernah mendengar nama Sawing dan Salakai ini dan admin juga amat yakin bahawa ramai juga yang tidak pernah mendengar nama mereka berdua. Siapakah Sawing dan Salakai? Sayangnya sejarah tentang mereka berdua tidak banyak yang admin dapat ceritakan. Walaupun begitu, Sawing dan Salakai tetap akan dianggap sebagai pahlawan Melanau yang gagah berani berjuang demi bumi Sarawak suatu ketika dahulu. Apa yang telah menyebabkan Sawing dan Salakai dikenali sebagai salah seorang pahlawan Sarawak? Apakah jasa yang telah mereka lakukan?

Hendak dijadikan cerita, Sawing dan Salakai adalah dua orang sahabat karib yang telah berjuang bersama-sama dengan Sharif Masahor untuk menentang penjajahan Brooke di Sarawak suatu ketika dahulu. Sukar untuk admin pastikan bahawa dari daerah Melanau manakah asal usul Sawing dan Salakai ini. Setelah pengusiran tentera British di Mukah berjaya dilakukan oleh Sharif Masahor, beliau telah merancang untuk menyerang daerah Kanowit secara habis-habisan. Semasa berada di Mukah, Sharif Masahor telah mendapat sokongan dari penduduk tempatan untuk bersama-sama mematahkan penjajahan Brooke. Pada suatu ketika, kerajaan British telah membina sebuah kubu di Kanowit yang telah diuruskan oleh seorang pegawai British iaitu Henry Steel. Pihak British telah membina kubu di Kanowit dengan sesuka hati tanpa ada persetujuan dan kebenaran daripada mana-mana pihak atau penduduk tempatan. Untuk pengetahuan bagi yang belum mengetahui, Sharif Masahor adalah seorang gabenor besar di Sarikei pada ketika itu yang telah berjuang bermati-matian untuk mengusir penjajahan Brooke dari tanah Sarawak pada ketika itu.

Pada tahun 1859, Sawing dan Salakai telah mengetuai serangan ke atas penjajahan British di Kanowit Fort bersama-sama dengan bala tentera Sharif Masahor . Pembinaan kubu tanpa kebenaran di Kanowit telah menyebabkan api kemarahan Sharif Masahor membuak-buak. Ketika serangan di Kanowit Fort berlaku, Sawing dan Salakai telah berjaya membunuh Henry Steel dan seorang lagi pegawai British yang bernama Charles Fox. Akibat daripada serangan dan kematian dua orang pegawai British itu secara tidak langsung telah memberi kesan kepada kerajaan Brooke dan telah menyebabkan mereka gusar dan takut dengan kemaraan pejuang tempatan. Berita tentang kejayaan serangan di Kanowit Fort itu telah tersebar luas ke seluruh Sarawak. Kesan daripada serangan di Kanowit Fort telah menyebabkan ramai orang-orang Eropah di Sarawak ketika itu melarikan diri meninggalkan bumi Sarawak kerana risau akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan.

Perjuangan Sawing dan Salakai sedikit sebanyak telah memberi impak kepada penjajahan British ketika itu dan menakutkan mereka. Walaupun nama Sawing dan Salakai tidak mudah didendangkan, admin tetap menganggap mereka berdua sebagai salah seorang pahlawan Sarawak yang telah berjuang untuk me-merdekakan Sarawak daripada penjajahan Brooke suatu ketika dahulu.


 
 
 

Comments


Recent Posts
Follow Us on
  • Facebook Clean

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page